Tuesday, January 6, 2009
TanpaMu..
Saturday, January 3, 2009
Keredhaan Tuhan

Carilah redha tuhan ,kita tidak akan kecewa
Carilah redha tuhan ,kita akan tenang
Janganlah cari redha manusia ,kita akan kecewa
Suka manusia kepada kita bukan berpanjangan
Adakalanya dia suka kepada kita ,sukanya pura-pura
Suatu hari nanti akan nyata juga
Adakalanya redhanya kepada kita di waktu kita senang
Setelah kita susah ,kita dibuang dan ditendang
Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia
Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa
Buatlah sesuatu untuk keredhaan Tuhan
Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan
Yang penting kita buat itu Tuhan suka
Yang penting usaha kita itu tuhan redha
Dengan manusia tak usah ambil kira
Manusia hendak puji atau manusia hendakk caci
Itu soal dia Yang penting apa kata Tuhan
Keredhaan Tuhan itu penting
Redha-nya adalah balasan
Balasan-nya adalah berkekalan
Carilah keredhaan Tuhan,
Hati senang.
Nilai Seorang Wanita
Harga dan nilai seorang wnita lebih-lebih wanita muda
Adalah sifat malu dan akhlak dirinya
Bukan kecantikan dan kepandaian
Pakaiannya, sopannya, pandai menjaga maruah dirinya
Jika pakaiannya tidak sopan, maruah tidak dijaga
Lelaki hidung belang, mata keranjang memang suka
Tapi dia tetap tidak dipercaya
Lelaki yang soleh tidak akan menjadikannya isterinya
Kecuali lelaki yang macam dia
Tapi biasanya susah hendak kekal di dalam perkahwinannya
Selalu sahaja bercerai, sekalipun cantik mukanya
Adakalanya masih muda lagi suaminya sudah dua, tiga
Kalaupun kekal kerana hendak menjaga wibawa dirinya
Rumah tangga macam neraka
Duduk di rumah amat terseksa
Anak-anak porak- peranda
Masyarakat benci, orang tidak percaya
Di mana-mana sahaja orang akan bercakap dan berkata
Mengumpat dan menghina.
Sunday, December 28, 2008
Kalaulah Aku..

apa?..kau melabur dalam skim cpt kaya..biar betul kau ni..
aku x percaya..aku x percaya..
akan tetapi percaya atau tidak, aku masih ragu2 dalam fikiranku..
begitu mudah utk dptkan wang yg byk zaman sekarang ni..
50-50 itu membuatku terfikir kalaulah aku dpt wang yg bnyk..
aku beli rumah..beli kereta..melancong dan macam2 lg..
hahaha aku kaya..
aku boleh buat apa yg aku suka..
kau siapa mahu ambil wang aku..
mengapa perlu aku berikan kepada kau..
susah payah aku melabur..
susah payah aku simpan..
senang2 kau mahu ambil wang dariku..
oh tidak sama sekali..
terpana aku mendengar suatu suara yg tiba2 terlintas difikiranku..
jgn kau jd seperti karun yg ditelan tanah bersama hartanya..
jgn kau lupa kisah2 teladan pd zaman nabi dan sahabat..
jgn kau lupa kewajipan kau seorang muslim..
jgn kau lupa pada yg memerlukan..
jgn kau lupa zakat itu rukun yg keempat dlm rukun islam..
alhamdulillah..
aku masih disini..
aku berharap tiada lg istilah kalau yg melalaikan aku selepas ini..
Saturday, December 27, 2008
Sendiri Meratapi..

mana?...mana?..mana perginya semua org..
aku bingung, buntu.. fikiranku bercelaru..kenapa??
disaat keadaanku begini, dimana?..kenapa?..ahh..
ke mana semua org pergi meninggakan aku sendirian..
baru aku sedari kenapa aku sendirian..oh tidak...
setelah sekian lama aku beriktikaf, fikiran aku tiba2 mengingati dan berhenti sejenak memikirkan nasib aku yg bakal dilalui..
aku taubat..
aku taubat..
taubat nasuha..
aku tidak akan mengulangi kesilapan yg lalu lagi..
aku tidak mahu keseorangan..
aku tidak mahu kesunyian..
aku tidak mahu berada dalam kegelapan yg menghimpit hidupku ini..
sesalanku sudah tidak berguna..
kini aku sendirian tiada siapa dapat menolongku..
kejahilan, kejahatan dan kemungkaran akan menyebabkan aku disiksa..
tapi berbahagialah jika iman, amal dan taqwa mengasihiku..
Ya Allah..Ya Tuhanku..
ampunilah dosa2 hambamu ini..


